Tahun Baru ‘Misi Baru 2017’

January 1, 2017

 

Team kami ingin mengucapkan selamat melangkah ke tahun 2017, dan selamat kembali ke sekolah.

Untuk rakan-rakan guru yang selama ini menyokong usaha yang dilakukan oleh kami, terima kasih kami ucapkan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik rakan-rakan. Semakin jauh kita meninggalkan tahun 2014 dimana tahun kami bermula secara aktif dalam membangunkan perkhidmatan ini. 3 tahun terasa sangat pantas, perubahan di dalam dunia pendidikan pun semakin banyak.

 

Team kami pun tidak menyangka kami boleh bertahan sehingga hari ini. Ini semua atas izinNYA dan sokongan yang padu daripada rakan-rakan. Kami amat terharu kerana usaha kecil kami sangat besar impaknya dalam membangunkan budaya kerja baru, budaya kerja pantas. Banyak feedback positif, membina dan untuk penambahbaikan yang kami terima.

 

Kami cuba dengan kapasiti yang kecil untuk melayan semua pertanyaan. Sempena tahun 2017 ini juga kami memohon maaf kepada rakan-rakan jika ada respon yang tidak terjawab dan terbalas. Kami menggunakan seluruh kapasiti yang ada untuk rakan-rakan. Namun tugas utama tidak juga diabaikan. Kami juga berterima kasih kerana rakan-rakan yang memahami situasi kami hadapi.

Baiklah misi dan azam kami pada tahun ini adalah untuk menghasilkan artikel pendidikan bermutu tinggi melalui blog ini sebagai rujukan pelajar IPT , IPG dan IPTS. Terutamanya dalam bidang pendidikan. Jika ada rakan-rakan yang mempunyai visi dan misi serupa dengan kami. Bolehlah emailkan pertanyaan ke email rasmi kami teamrobotrph@gmail.com.

 

Harapan kami agar laman ini wujud sebagai sumber rujukan ilmiah dan rujukan yang ekslusif. Sebarang nota yang diterbitkan disini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran pemilik asal penulis. Jika rakan-rakan ingin menjadi penulis untuk laman ini juga boleh emailkan pertanyaan ke email rasmi kami. Setakat ini sahaja untuk kali ini. Jika tidak keberatan boleh like page FB kami di Team Robot RPH.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square