Mencontohi Pemakanan Rasulullah S.A.W

March 17, 2017

 

Mengikuti Sunnah Rasulullah

 

Kesempurnaan Rasulullah S.A.W sebagai kekasih Allah tiada tolok banding menjadi ikutan Muslim seantero dunia termasuk diet makanan Baginda. Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Jom ikuti pembacaan anda tentang tips cara sihat gaya Rasulullah.

RUTIN SIHAT RASULULLAH

  1. Bangun Subuh.

Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.

Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :

  • Berlimpah pahala dari Allah.

  • Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.

  • Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.

 

Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.

 

Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.

  1. Aktif Menjaga Kebersihan.

Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

 

  1. Gemar Berjalan Kaki.

Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

  1. Tidak Pemarah.

Nasihat Rasulullah SAW: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:

  • Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.

  • Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.

  • Segeralah berwudhuk.

  • Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.

  1. Optimis Dan Tidak Putus Asa.

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

 

  1. Tak Pernah Iri Hati

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:

 

  • Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.

  • Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square