Pengayaan Diri Dengan Ilmu Kejayaan


Pada hari ini, pasaran kerja di dalam negara semakin berkurangan, apakah penyebab utama kepada kurangnya peluang pekerjaan ini?

1. Kemasukan pekerja daripada luar

2. Kebanjiran pendatang tanpa asing

3. Dominasi bangsa lain di dalam sektor tertentu

4. Graduan baru terlalu memilih pekerjaan sehingga kehilangan peluang

5. Kewujudan pasaran kerja baru TIDAK ADA.<Belum di wujudkan>

Sebagai rakyat di dalam negara ini juga sebagai pendidik adalah perlu untuk kita bersyukur adanya pembelaan di kalangan yang memerlukan bantuan, sebagai contoh bantuan yang diberikan kepada golongan nelayan, petani, usahawan dan kakitangan kerajaan. Apabila kurangnya bersyukur kepada setiap bantuan yang disediakan apa yang keluar daripada mulut dan fikiran kita ‘RUNGUTAN’.

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil.

Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut! Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump?

Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat?

Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya. Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.