# 3 Tips Orang Berjaya Bahagian 2


#4 Sentiasa Mencuba Benda Baru [Luarbiasa]

Perasan tak yang manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru.(Rutin yang sama setiap hari) Contoh yang selalu kita lihat, apabila makan di sesebuah restoran, sering kali mereka meminta makanan dan minuman yang sama. Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang lain dan mencuba makanan yang lain kerana bimbang tidak kena selera mereka.

Cuba kita lakukan sesuatu yang baru yang akan memecahkan momentum kita untuk sering mencuba sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja. Ini tidak akan memajukan kita kerana sering melakukan benda dan perkara yang sama sahaja. Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘stay’ sahaja disitu dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.

Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.

#5 Mempunyai Idola atau Role Model yang Berjaya [Role Model]

Ikut jejak langkah idola anda! Ini adalah salah satu cara untuk memotivasikan diri anda. Dengan mengikut jejak langkah idola kesayangan anda, ia dapat memberikan kita lebih yakin untuk mengikuti semua kejayaan yang telah diraihnya. Sebagai contoh jika anda ingin menjadi seorang penyanyi yang hebat, semestinya anda mengikut jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza yang selalu meraih kejayaan dipersada seni.

Jika anda ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan internet, idola anda mestilah Dr. Irfan Khairi.[Antara salah seorang daripada 100 orang list idola yang saya ‘follow’ sehingga hari ini].Dengan mempunyai idola atau pun mentor, diri kita dapat dimotivasikan untuk lebih berusaha mencapai cita-cita sebagaimana idola-idola itu lakukan. Tanpa idola, kita ibarat terkapai-kapai di awangan.

#6 Sentiasa Bermotivasi [MotivasiKasiUP!]

Kebiasaannya, untuk sesuatu permulaan anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan.

Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri kita? Jawapannya ialah kekalkan momentum yang ada. Ya, kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu. [Cabaran saya pada tahun ini : 1 artikel sehari bermula 6 Jun 2015 sehingga 6 Jun 2016) Doakan saya terselamat untuk cabaran ini

Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang. Jadi, motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.