3 Tips ‘Backup Plan’ Ekonomi Dari Rumah #YouCANDUIT

April 30, 2017

 

Baiklah pada post kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai satu rahsia [TOP SECRET – EYES ONLY] mengenai peluang untuk menambahbaik ekonomi dari rumah secara sukarela.  Klik untuk teruskan.

 

#1 Langkah yang pertama ialah anda perlu tahu diri anda, kelebihan anda, dan kecenderungan anda di dalam kehidupan seharian.

 

#2 Samada anda suka memasak, berkongsi resepi dengan jiran, suka memelihara ayam kampung dan sebagainya.

 

#3 Pastikan anda suka bercerita mengenainya dan ianya menjadi suatu hiburan hobi kepada anda.

Untuk pengetahuan anda pelbagai flatform percuma pada hari ini diciptakan untuk generasi yang suka duduk dirumah.

 

Contoh : mudah.my, lazada.com, ebay.com

Baiklah, pada hari ini informasi baru, segar dan memberikan manfaat mempunyai pasaran yang sangat tinggi.  Tujuan perkongsian ini memberikan rakan-rakan peluang melihat daripada perspektif saya semenjak tahun 2007 lagi.

 

Saya mengendalikan satu blog. Blog ini merupakan catatan peribadi dan diari harian. Cuma pada ketika itu, alasan saya untuk terlibat dalam dunia blogging ini kerana untuk belajar Bahasa Inggeris.

 

Apa yang saya pelajari daripada pengalaman lepas memberikan saya pengetahuan yang tidak ternilai iaitu perkara yang kita suka buat boleh mendapatkan hasil yang setimpal seperti blogging

 

Gambar diatas menunjukkan bahawa tidak rugi untuk berkongsi secara terbuka mengenai kemahiran dan apa sahaja yang kita minati di dalam laman web.

Pada ketika itu, sayan menggunakan flatform blogger.com sebagai salah satu cara untuk berkongsi. Kini fungsi blogger.com semakin mesra pengguna dan mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja.

Disini saya sertakan gambaran kasar untuk memulakan perkongsian anda melalui flatform blogger.com

  1. Daftar gmail.

  2. Carian {Bloggger.com}

  3. Daftar sehingga selesai

  4. Untuk monitize laman blog anda gunakan {nuffnang.com.my} sebagai flatform

  5. Daftar sehingga selesai

  6. Letak HTML iklan pada kotak widget

  7. Ok. Selesai

Pada suatu ketika dahulu , untuk mendapatkan trafik daripada laman anda memerlukan konten yang fresh, kos yang tinggi. Kini semua boleh dilakukan dengan {Facebook.com} sahaja. Memudahkan. Terima Kasih Mark Zuckerberg.

 

Sebaik sahaja anda selesai meng’UPDATE’ laman blog anda. Copy url topik yang baru dan paste ke profile facebook anda. Jika anda ada 5000 kawan tidak mustahil 40% daripada mereka akan melawat blog anda :-).

 

Sekian terima kasih. Semoga artikel ini bermanfaat untuk dikongsikan

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square