3 Tips ‘Backup Plan’ Ekonomi Dari Rumah #YouCANDUIT


Baiklah pada post kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai satu rahsia [TOP SECRET – EYES ONLY] mengenai peluang untuk menambahbaik ekonomi dari rumah secara sukarela. Klik untuk teruskan.

#1 Langkah yang pertama ialah anda perlu tahu diri anda, kelebihan anda, dan kecenderungan anda di dalam kehidupan seharian.

#2 Samada anda suka memasak, berkongsi resepi dengan jiran, suka memelihara ayam kampung dan sebagainya.

#3 Pastikan anda suka bercerita mengenainya dan ianya menjadi suatu hiburan hobi kepada anda.

Untuk pengetahuan anda pelbagai flatform percuma pada hari ini diciptakan untuk generasi yang suka duduk dirumah.

Contoh : mudah.my, lazada.com, ebay.com

Baiklah, pada hari ini informasi baru, segar dan memberikan manfaat mempunyai pasaran yang sangat tinggi. Tujuan perkongsian ini memberikan rakan-rakan peluang melihat daripada perspektif saya semenjak tahun 2007 lagi.

Saya mengendalikan satu blog. Blog ini merupakan catatan peribadi dan diari harian. Cuma pada ketika itu, alasan saya untuk terlibat dalam dunia blogging ini kerana untuk belajar Bahasa Inggeris.

Apa yang saya pelajari daripada pengalaman lepas memberikan saya pengetahuan yang tidak ternilai iaitu perkara yang kita suka buat boleh mendapatkan hasil yang setimpal seperti blogging

Gambar diatas menunjukkan bahawa tidak rugi untuk berkongsi secara terbuka mengenai kemahiran dan apa sahaja yang kita minati di dalam laman web.

Pada ketika itu, sayan menggunakan flatform blogger.com sebagai salah satu cara untuk berkongsi. Kini fungsi blogger.com semakin mesra pengguna dan mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja.

Disini saya sertakan gambaran kasar untuk memulakan perkongsian anda melalui flatform blogger.com

  1. Daftar gmail.

  2. Carian {Bloggger.com}

  3. Daftar sehingga selesai

  4. Untuk monitize laman blog anda gunakan {nuffnang.com.my} sebagai flatform

  5. Daftar sehingga selesai

  6. Letak HTML iklan pada kotak widget

  7. Ok. Selesai

Pada suatu ketika dahulu , untuk mendapatkan trafik daripada laman anda memerlukan konten yang fresh, kos yang tinggi. Kini semua boleh dilakukan dengan {Facebook.com} sahaja. Memudahkan. Terima Kasih Mark Zuckerberg.

Sebaik sahaja anda selesai meng’UPDATE’ laman blog anda. Copy url topik yang baru dan paste ke profile facebook anda. Jika anda ada 5000 kawan tidak mustahil 40% daripada mereka akan melawat blog anda :-).

Sekian terima kasih. Semoga artikel ini bermanfaat untuk dikongsikan

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.