#7 Tips Mudah Untuk Menjadikan Anak Anda Bijak Bahagian 2


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)

CARA RANGSANG ANAK JELAJAHI LAUTAN ILMU

Perkara pertama yang diperlukan untuk memeupuk rasa cinta pada ilmu adalah dengan melahirkan budaya membaca. Secara fizikal, otak manusia akan berkembang seawal di usia 0-6 tahun, kemudian kadar kecepatannya berkurangan hingga usia mencecah 8 tahun, dan berhenti pada usia 12 tahun. Seaik sahaja usia meginjak ke angka 12, apa yang perlu anda lakukan adalah mengoptimumkan fungsi otak melalui program pelajaran yang tepat.

Secara intelektual, perkembangan otak akan berlaku dengan pantas pada usia dua tahun sehingga lapan tahun.Pada fasa berikutnya, iaitu antara 8-12 tahun, perkembangan otak masih terus akif dan terhenti pada usia 18 tahun.Justeru untuk melahirkan insane yang cemerlang dan memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang, daya pemikiran dan fungsi otak perlu dibentuk seawall usia 8 tahun sehingga mencech ke 18 tahun.Saat inilah anak-anak perlu didedahkan dengan budaya belajar, baik di rumah mahupun di sekolah.Sekiranya dapat dimanfaatkan dengan betul, anak-anak mampu berdikari dan mula memupuk rasa cinta pada ilmu.

BAGAIMANA UNTUK MEMBENTUK BUDAYA BELAJAR DALAM DIRI ANAK-ANAK?

Pertama, jadikan belajar itu sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Dekatilah anak-anak dan dedahkan mereka dengan ilmu.Di rumah, sebagai ibu bapa kita dapat berinteraksi dan mendekati anak-anak secara individual. Sementara di sekolah, pembelajaran dan ilmu yang disampaikan lebih bersifat kepada klasikal. Kita perlu merancang penataan ruang yang kelas yang optimum agar kanak kanak ini berasakan diri mereka sentiasa diperhatikan. Untuk aktiviti santai, wujudkan dan rancang sebarang kegiatan yang boleh mendidik anak-anak untuk berfikir dan berdikari sendiri. Misalnya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti lasak bersama. Kaedah ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih dihargai oleh kedua ibu bapa.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA INDIVIDUAL DAN PERSONAL?

Perbezaannya sangat mudah! Jika anda memberikan sebatang pen kepada setiap anak murid anda, dengan cara memanggil nama mereka seorang demi seorang, ini bermakna anda telah mendekati mereka secara individual. Namun jika mendekati seseorang itu kerana keistimewaannya, maka anda baru sajhaja melakukan pendekatan secara personal. Lemparkan senyuman dan gengaman saat bersalaman,kaedah ini secara tidak langsung akan memberikan satu semangat baru dalam diri mereka.

Aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan bersama juga akan membuatkan anak-anak menimba banyak pengalaman baru. Sesungguhnya, pengalaman baru itu dapat memberikan perasaan positif pada anak, sehingga mereka berasa lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti bersama. Dan ia lebih efektif berbanding hadiah yang bersifat kebendaan. Lantaran itu, adalah sewajarnya anak-anak diberikan pendidikan awal di usia 0-8 tahun. Pembelajaran itu perlulah lebih banyak membangkitkan motivasi diri,memelihara rasa ingin tahu dan merangsang rasa ingin tahu secara ilmiah. Sayangnya, ada di antara kita banyak membunuh rasa ingin tahu anak-anak serta dorongan untuk melakukan yang terbaik dengan menjanjikan hadiah kepada mereka.

Kita mendorong mereka berbuat baik kerana mengharapkan dunia, sedangkan kita perlu melatih mereka tentang ikhlas. Seperti mana yang tertulis di dalam buku Social Psycology hasil tulisan Robert S.Feldman, “hadiah hanya merosakkan motivasi naluri semula jadi anak-anak. Bahkan mendorong mereka menjadi seorang yang tidak berwawasan ketika bekerja suatu hari nanti”. Walau bagaimanapun, kita perlu memberikan umpan balik kepada mereka berupa perhatian, kasih sayang dan kesediaan untuk meluangkan masa bersama.

Selain itu, bangunkan visi anak sehingga mereka merasa lebih bersemangat untuk belajar, mencari ilmu dan melakukan banyak perkara baru yang boleh mendatangkan kebaikkan. Anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorak.Mereka perlu dibentuk agar menjadi orang yang berguna untuk Negara, bukan rajin belajar kerana inginkan pekerjaan dan gaji yang besar.Bahkan, bakar semangat mereka agar kelak tangannya mampu menggenggam dunia, tetapi panggilan untuk menolong dan membangunkan agama Allah.

BAGAIMANA MEMBANGUN VISI YANG CEMERLANG ?

Secara mudahnya, (Philip Kotler), merumuskan visi sebagai an ideal standard of excellance iaitu standard ideal yang cemerlang yang secara integral merupakan bahagian dari gambaran mental kita tentang masa akan dating. Sekiranya cita-cita kita tanpa standard ideal yang cemerlang itu, ia bukanlah sebuah cita-cita tetapi sebuah angan-angan. Manakala visi pula sekiranya tidak disertai dengan misi yang jelas untuk mencapinya, ia bukanlah sebuah visi. Tetapi fizikal, iaitu sebuah kata-kata kosong.

Apakah pengaruh visi? Mereka yang mempunyai visi yang besar akan memiliki kepekaan terhadap arah dan tujuan.Kita lebih mudah menjangkakan apakah yang ia sesuai dengan visi yang ingin kita capai atau tidak, Maka oleh disebabkan itulah, kita tidak mudah terpedaya dengan dugaan-dugaan dan pelbagai pengaruh luar.Meskipun ia berada di hadapan mata.

Visi besar yang diserapkan dalam diri kanak-kanak haruslah disertai dengan alas an yang kukuh, untuk anak-anak kita melakukannya. Raison d’etre. Reason for being. Ini merupakan sumber motivasi yang boleh menggerakkan anak-anak untuk terus belajar dengan lebih gigih. Bukankah motivasi merupakan sesuatu yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu? Oleh itu, sekolah perlu merancng segmen motivasi setiap hari di samping memperuntukkan satu hari, satu motivasi yang lebih mengesankan.

Selain itu, nilai kerohanian yang bersifat integral dapat membentuk integrity anak-anak. Dua hal ini, kerohanian dan integrity dapat memeupuk rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak, melahirkan kesediaan untuk menanggung kesan dari tindakan yang kita laukan serta mendorong anak-anak memiliki daya juang yang tinggi. Kerohanian yang kuat menjadikan apa yang dilakukan oleh anak-anak menjadi lebih bermakna. Kerohanian yang berlandaskan kepada keyakinan kepada Allah SWT dan hari akhirat, akan melahirkan kesedaran bahawa diri mereka sentiasa diawasi oleh Allah SWT dan para malaikat.Kesedaran ini merupakan sebahagian daripada ihsan, sekaligus melengkapi integral dan integrity.

Sebagai ibu bapa juga, kita harus memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Perkara pertama yang diperlukan untuk memupuk rasa cinta pada ilmu adalah dengan melahirkan budaya memabca. Ia bukan sahaja dapat membuka pintu-pintu ilmu malah menjadi perkara paling serius di pelbagai Negara maju.Misalnya di Singapura, seawall usia 1-5 tahun lagi anak-anak sudah didedahkan dengan media pembelajaran dan menulis.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu merancang corak pembelajaran yang boleh mencipta budaya belajar yang kuat di kalangan murid-murid sekolah. Di peringkat sekolah rendah, dua perkara yang didedahkan kepada mereka : the basic of knowing dan the basic of knowledge. The basic knowing lebih tertumpu kepada motivasi, sikap dan perilaku. Manakala the basic of knowledge pula berkait rapat dengan pengetahuan-pengetahuan asas, seperti bagaimana untuk memahami isi bacaan, menulis dan logic matematik yang diarahkan terutama kepada penguasaan prinsip-prinsip asasnya. Dan bukannya teknik mengira semata. Kesemua sebab ini sangat penting untuk proses pembelajaran. Untuk menjadi orang berjaya, pupuklah minat untuk belajar dari sekarang.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.