Tips Kurangkan Hutang

April 30, 2017

 

Terdapat pelbagai kaedah untuk membayar hutang anda. Bagaimana pun, ia bergantung kepada jumlah hutang dan pendapatan semasa anda. Situasi ini akan menentukan keupayaan anda untuk berhadapan dengan bayaran bulanan minimum. Ikuti tips yang disediakan di bawah

 

1. Fahami ‘Sikap’ Berbelanja Anda

Akses kedudukan kewangan anda sebelum merancang mengurangkan hutang kad kredit anda adalah penting untuk mencapai matlamat.Hitungkan semua pendapatan dan perbelanjaan bilanan anda.Baki jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran atau penggunaan kad kredit anda. Jika merasakan diri tidak mampu menggunakan kad kredit , jangan mulakan masalah anda

 

2. Rancang Pengurusan Hutang

Bila berhutang, jangan tambahkan hutang anda perlu membuat rancangan untuk mengurangkan hutang kad kredit.Perancangan hutang yang professional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan.Bagaimanapun, pastikan bahawa anda telah mempertimbang dan memasukkan semua pilihan pelepasan hutang bagi mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.

 

3. Berdisiplin dan Istiqamah dengan ‘Plan Kewangan’

Ia bukannya mudah, namun hutang anda perlu dikurangkan. Anda mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun bagi menghapuskan hutang anda sepenuhnya, namun ia penting bagi meningkatkan tahap kewangan anda. Anda harus menyedari bahawa hutang bukan hanya memberi impak kepada anda, juga rumah tangga anda.Memiliki rekod yang bersih dapat menjamin anda untuk meminjam wang sekiranya diperlukan pada masa hadapan. Setelah mengenal pasti situasi kewangan dan membuat perancangan keseluruhan bagi mengurangkan hutang, anda perlu mempertimbangkan bagaimana untuk berjimat.

 

4. Mencari Sumber Pendapatan dan Mengurangkan Perbelanjaan

Terlebih dahulu, anda perlu memastikan bahawa telah mengeluarkan semua perbelanjaan yang tidak penting.Ia adalah penting bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti jumlah yang boleh dijimatkan dengan mengubah tabiat pemakanan, misalnya makan di restoran yang murah (kurangkan makan di luar), membeli baranganruncit berjenama pasa raya berbanding jenama biasa. Anda mungkin perlukan pertolongan bagi menguruskan keewangan anda setiap hari untuk mengurangkan hutang anda.

 

5. Mengurangkan Tabiat Berbelanja Tanpa Keperluan

Anda perlu mengenal pasti tujuan perbelanjaan anda.Peluang untuk anda berbelanja adalah lebih tinggi berbanding pendapatan.Ini adalah situasi yang kritikal dimana hutang tidak boleh dihapuskan.Justeru anda perlu mengurangkan perbelanjaan harian anda terlebih dahulu. Anda perlu berusaha untuk melalui kehidupan yang sejajar dengan kemampuan anda dan bukannya mewah.Mengurangkan perbelanjaan adalah pilihan yang tepat, mudah dan pantas untuk melihat keberkesannya.

 

6. Tukar Pekerjaan Yang Lebih Baik

Bukan mudah untuk seseorang itu untuk menukar pekerjaan. Cari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan pastikan anda tidak meninggalkan pekerjaan sekarang sehingga anda mendapat pekerjaan yang baru kerana ia akan menyebabkan stress yang berpanjangan. Dapatkan pekerjaan kedua, pekerjaan sementara untukmenambahkan pendapatan kerja sepenuh masa. Hal ini akan membantu menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan hutang yang anda tanggung.

 

7. Mendapatkan Nasihat Profesional

Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mampu membayar balik bayaran minimum, pilihan terbaik anda adalah dengan mendapatkan firma pengurangan hutang yang berupaya meringankan beban hutang anda dengan menyediakan pembayaran mengikut kaedah semasa anda. Anda juga perlu mendapatkan bantuan firma yang pakar yang mampu berunding untuk mendapatkan terma-terma imbalan yang baik bagi pelanggan mereka.

 

Dapatkan juga perhubungan kaunseling kredit yang bukan bermotifkan keuntungan dan syarikat-syarikat konsolasi perhutangan yang boleh membantu mengurangkan pengenaanbunga atas kad kredit misalnya, mengurangkan pembayaran bulanan dan sekaligus, memberikan khidmat nasihat kewangan bagi mengelakan masalah hutang kad kredit anda pada masa akan datang. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan hutang dengan bank melalui Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

 

Semoga dengan tips yang diberikan dapat menguruskan kewangan anda!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square