Manipulasi Gadjet atau Salah IbuBapa?

May 1, 2017

 

Hari ini seringkali banyak kes atau berita yang memaparkan kehilangan , kematian, penculikan melibatkan kanak-kanak. Dimanakah silapnya kita sepanjang kehidupan ini? Seperti yang kita tahu, era teknologi dan komunikasi kini semakin pantas, anak-anak kita mempunyai akses kepada gadget ibubapa malahan ada pula yang mempunyai gadjet tersendiri hadiah atas kecemerlangan semasa peperiksaan.

 

Untuk pengetahuan semua , fasa kritikal untuk pembangunan personaliti kekal adalah secara umumnya ketika berumur 10-19 tahun, pada fasa ini anak-anak perlu dibentuk untuk mencari identiti kendiri agar tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran. Apa yang menyedihkan apabila fasa ini telah dilalui tanpa bimbingan role model yang terdekat menyebabkan anak-anak hilang padoman dan contoh yang baik.

 

 

 

Contoh yang baik apabila dijadikan sebagai rutin akan membentuk anak-anak dirumah meskipun tidak diajar secara langsung. Ini berlaku apabila kelaziman anak-anak melihat kelakukan rolemodel iaitu ibubapa mereka dirumah yang menunjukkan contoh yang baik. Pada peringkat ini , kelaziman yang berulang akan memberi pengertian bahawa tingkahlaku yang dilihatnya adalah betul dan perlu dicontohi meskipun tidak diajar secara langsung.

 

Sebagai ibubapa, saya sendiri melihat perkembangan teknologi sebagai ancaman dan memberikan kelebihan dalam masa yang sama. Untuk penyelesaian yang terbaik adalah dengan memberikan kebebasan dalam kawalan. Ibubapa perlu mempunyai ilmu psikologi dan kaunseling asas untuk membimbing anak-anak mereka di rumah. Ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama sekolah dan persatuan ibubapa dan guru disekolah setahun sekali sekurang-kurangnya ataupun semasa sarana ibubapa.

 

 

 

Ikhlaskan diri sentiasa sepanjang mendidik anak-anak. Berikan yang terbaik selagi mampu. Insyallah keberkatan daripada doa mereka melepaskan segala kesusahan dunia dan akhirat.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square