Cara 'POWER' Berhenti Merokok

May 8, 2017

 

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoh kanser paru-paru. Fikirkan perkara ini sejenak, bukankah penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagian hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin meningkat.

Bahana merokok :

  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut

  • 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru

  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks

  • 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati

  • 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.

Cukup !!! dari kenyataan di atas, sudah cukup alasan untuk anda berhenti merokok.

Kewangan sekarang yang semakin meruncing memerlukan anda untuk lebih berfikir secara rasional seperti adakah anda perlukan rokok untuk hidup?

Jika anda ingin berjaya, anda perlu jawab soalan di bawah dengan jujur :

  1. Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan keinginan merokok setiap kali ia menyerang anda?

  2. Apa yang anda lakukan untuk mengatasi ketagihan merokok?

 

Bagaimana anda boleh berhenti dari hisap rokok?

 

Nak berhenti merokok bukan mudah. Ia memerlukan usaha dari anda kerana serangan dari pihak nikotin sangat kuat. Apabila anda merokok, segala urusan dalam hidup anda bergantung kepada nikotin. Nikotin akan berusaha untuk mempengaruhi anda merokok jika kadar nikotin dalam badan berkurangan. Seorang perokok selalunya ketagih untuk merokok.

Melakukan aktiviti berbentuk fizikal banyak membantu seorang perokok untuk berhenti dari merokok. Ada banyak perkara yang boleh memperngaruhi anda ketika anda melakukan aktiviti berbentuk fizikal. Antaranya ialah :-

  • Apabila kita aktif, kita akan lebih yakin pada keadaan diri kita dan percaya kita mampu.

  • Rasa lebih bertenaga dan mampu untuk menangani tekanan tanpa bantuan nikotin,

  • Bau rokok akan mula memualkan anda.

Apabila anda rasa untuk merokok, banguna dan lakukan pergerakan. Pergerakan akan membantu anda untuk meringankan beban yang anda terima dari nikotin.

Berhenti merokok dalam seminggu

 

Kenapa anda perlu berhenti

  • Anda akan hidup lebih lama

  • Anda akan lebih bertenaga

  • Peluang untuk mendapat serangan sakit jantung akan berkurangan

  • Anda akan lebih tenang

  • Semua manusia di sekeliling anda akan hidup dengan selesa.

  • Jimat wang

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah tentukan bila anda ingin bermula untuk berhenti merokok. Jika tiada idea, apa kata anda bermula tepat 7 hari selepas anda membaca ebook ini. Sepanjang 7 hari ini, cuba semua kaedah yang anda rasa sesuai untuk diri anda. Pada minggu hadapan bermulalah misi anda untuk berhenti merokok.

 

Hari pertama dan kedua anda bermula misi berhenti merokok.

 

Periksa kenapa anda merokok. Ketika merokok, tanya pada diri sendiri soalan berikut

  1. Kenapa saya merokok ?

  2. Adakah saya mampu untuk berhenti merokok ?

  3. Jika saya tidak merokok, apa yang saya akan lakukan ?

 

 

 

Hari ketiga

 

Pada hari ketiga, anda boleh mula melancarkan serangan ke atas pengaruh nikotin.

Setiap kali anda ingin merokok, gunakan salah satu teknik yang dicadangkan sebelum ini untuk mengatasinya. Jika perasaan keinginan tersebut tidak hilang, cuba pula teknik yang lain atau gabungkan kesemuannya.

 

Hari keempat

 

Pilih waktu atau keadaan yang paling susah untuk anda bertahan dari tidak merokok. Apa yang perlu anda lakukan adalah menahan diri anda dari menyalakan api rokok tersebut ketika waktu tersebut muncul. Contohnya kasim suka merokok selepas makan dan beliau memang tidak dapat tahan dari merokok. Untuk menahan diri dari merokok, kasim telah mencuba teknik meminum air.

 

Ingat, ini adalah latihan sahaja. Jika anda gagal, jangan kecewa, teruskan perjuangan. Jika anda gagal, anda mungkin mahu mencari jalan kenapa anda gagal.

 

Selalunya anda gagal kerana ketagihan melampau.

Seorang perokok yang tegar mempunyai kandungan nikotin yang banyak dalam badannya. Sangat sukar untuk anda melawan berjuta-juta askar nikotin. Anda boleh cuba minum air atau gunakan nikotin patch.

  1. Tekanan sosial

Bagaimana anda mula merokok? 90 % dari perokok biasanya mula merokok disebabkan pengaruh rakan-rakan. Ia sangat susah jika anda ingin berhenti merokok tetapi rakan-rakan anda semuanya hisap rokok. Pastikan rakan anda faham akan niat anda. Jika mereka masih memaksa anda untuk merokok, tinggalkan mereka sementara anda boleh menahan diri anda dari merokok. Jangan ragu-ragu kerana anda berhenti merokok adalah untuk diri anda sendiri.

  1. Tekanan dan perasaan negatif.

Anda mempunyai tugas dan kerja yang sukar. Kebanyakan manusia yang berada dalam situasi anda akan merokok untuk menghilangkan tekanan. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nikotin telah memperdayakan anda. Anda boleh mencuba teknik pernafasan untuk meringankan tekanan.

 

Hari kelima, keenam dan ketujuh.

 

Matlamat anda ketika ini adalah untuk mengurangkan bilangan rokok yang anda hisap. Katakan anda menghisap 20 batang rokok sehari, anda perlu kurangkan bilangan rokok yang anda hisap sedikit demi sedikit. Jika boleh, setkan pada hari kelapan, anda tidak merokok lagi. Jika anda tidak mampu, anda boleh cuba kurangkan sebatang demi sebatang.

 

Jika anda serius untuk berhenti merokok tetapi tidak mampu untuk bertahan, saya nasihatkan anda untuk menggunakan patch nikotin dan gula-gula getah yang mengandungi nikotin. Ia hanya sementara tetapi boleh membantu anda. Ingat! Ketika anda menggunakan patch nikotin, anda tidak boleh merokok kerana ia akan menyebabkan badan anda menerima nikotin yang berlebihan.

 

Bagaimana hendak berhadapan kesan sampingan selepas berhenti merokok.

 

Pening kepala – Jika kepala anda pening-pening, anda perlu rehat sementara. Ia adalah proses biasa badan anda untuk tidak lagi menerima nikotin. Jalan-jalan di sekeliling rumah turut boleh membantu.

 

Keletihan – Selalunya akan berlaku pada bulan pertama. Anda akan sentiasa rasa keletihan. Jangan risau, kalau letih berehat, kalau ngantuk tidur. Jangan paksa diri dan beri diri anda masa untuk membuang semua nikotin dalam badan.

 

Sakit dada- Selalunya ia akan berlaku dalam beberapa hari awal. Rehat dan bernafas dengan tenang. Ia akan hilang selepas itu.

 

Masalah untuk tidur – Boleh berlaku untuk beberapa hari awal- elakkan dari meminum minuman bercaffeine dan melakukan senaman sebelum tidur. Mandi air panas sebelum tidur boleh membantu anda merehatkan diri.

 

Sembelit – Boleh berlaku pada bulan pertama – Jika perkara ini berlaku, anda perlu makan makanan yang mempunyai banyak fiber.

 

Daya tumpuan – anda mungkin akan sedikit lalok dalam 2 3 minggu pertama- jangan panik, banyakkan minum air dan lakukan senaman secara konsisten.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square