Ketahui 5 Trait Guru Yang 'Special'

Keperibadian Guru Yang 'Special'

# 1 Baik Hati


Sikap baik hati bukan sahaja diperlukan dalam sesebuah keluarga namun di dalam kelas juga perlu dipraktikkan. Pelajar-pelajar menghargai sifat ini dan secara tidak langsung dapat merangsangkan suasana pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu menganggap diri mereka sebagai ibu atau ayah apabila bersama pelajarnya. Bantulah pelajar-pelajar anda tanpa ada perasaan pilih kasih antara mereka




# 2 Humor 'Canda-canda Manja'


Kelas tidak akan ceria tanpa ada unsur-unsur kelakar. Namun,ia tidak perlu dilakukan sepanjang masa. Guru perlu mewujudkan suasana kelas yang ceria bagi menghalang perasaan tertekan pelajar. Biasanya guru yang mempunyai sifat ini akan mudah didekati pelajarnya. Apabila hubungan erat terjalin, maka ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Secara tidak langsung juga dapat menarik minat pelajar bagi mengikuti pembelajaran




#3 Sabar


Sifat sabar sudah dibicarakan dalam bab etika seorang guru. Sabar merangkumi maksud yang tidak terbatas. Sabarmelakukan arahan majikan, sabar menghadapi karenah disiplinpelajar, sabar menjalankan tugas walaupun terpaksa mengenepikan keperluan peribadi dan keluargaga dan sebagainya. Sabar dalam konteks yang dibincangkan di sini adalah sabar dalam mengawal emosi. Bakal guru perlu mengetahui sifat panas baran dan mudang meradang perlu dikikis. Sifat ini akan merosakkan hubungan antara guru dan pelajar. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.


#4 Bertanggungjawab


Bakal guru perlu melihat tugas seorang guru adalah mulia. Di atas bahu merekalah harapan menggunung yang dipinta oleh ibu bapa dan pelajarnya supaya ilmu dapat dicurahkan dengan sebaik-baiknya. Guru tidak hanya tahu mengajar sahaja semasa berada di dalam kelas malah sebaliknya. Mereka perlu mengambil berat berkenaan kebajikan, keperluan, makan dan minum serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru perlu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan jujur. Bukan bersikap seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja.


#5 Yakin


Kadangkala guru yang bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan masalah disiplin pelajarnya akan membawa kepada masalh-masalah disiplin yang teruk di sekolahnya. Guru sebaik-baiknya mengambil tindakan yang berani dan yakin pada masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Hukuman dan denda perlu dilaksanakan bagi menghindari pelajar-pelajar daripada terus melakukan kesalahan. Jika hal ini dapat diuruskan oleh semua guru di sekolah, bermakna sekolah itu berada dlaam keadaan selamat. Ini kerana, pelajar menghormati guru-guru mereka yang menunjukkan keyakinan yang tinggi.


#6 [BONUS] Kepimpinan Melalui Teladan


Guru menjadi contoh teladan dan ikutan kepada pelajar-pelajarnya. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh guru akan dicontohi oleh pelajar-pelajarnya. Bakal guru perlu mempunyai bakat memimpin. Bakat ini dapat dipelajari dan dilatih supaya dapat diamalkan dalam bilik darjah . pelajar akan menghormati gurunya yang mempunyai daya kepimpinan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Masyarakat akan memandang tinggi kepada guru yang memiliki sifat itu.



Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.