Ketahui Cara Memanipulasi Teori Kecerdasan Pelbagai Di Dalam Kelas

November 15, 2017

 

Sepanjang tempoh berkhidmat di dalam bidang pendidikan. Kepelbagaian murid di dalam kelas tidak dapat dijangkakan. Disebabkan gaya pembelajaran murid yang unik dan pelbagai, saya amat tertarik untuk kongsikan sedikit pengalaman berdasarkan pemerhatian yang dibuat bersandarkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Hanya menggunakan 3 sahaja sudah memadai untuk melihat hasil yang diinginkan.

 

 

 

Langkah pertama: Mengenal pasti 3 kelompok pelajar/murid di dalam kelas.

 

Mengenal pasti murid visual, audiotori, dan kinestetik dengan cara meminta murid itu sendiri mengangkat tangan.

 

Soalan kepada murid :

1. Belajar dengan sendiri dan tidak suka diganggu (Ciri pelajar visual/audiotori)(Kendiri)

 

1. Belajar dalam keadaan yang senyap membuatkan mereka mengantuk (Ciri pelajar berkumpulan)(Audiotori/Kinestetik)

 

Mengapa perlu kenalpasti?


Keperluan untuk mencari satu aktiviti PdpC "kombo" yang boleh diterima oleh murid VAK ini lalu menggunakan 'skrip VAK' yang direka khas untuk murid di dalam kelas untuk memudahkan penyampaian isi pelajaran.

 

 

Mengapa murid takut kepada guru?

 

Seperti yang diketahui, murid cenderung untuk takut kepada guru. (Ada sesetengah guru suka guna elemen ini sebagai alat kawalan kelas yang 'Superb') Ada juga yang lebih bersahaja namun 'berbisa'. 

 

Bijak Menerapkan Nilai Kemanusiaan & Memerah Potensi Murid Tanpa Dikesan

 

PAK21 memerlukan guru yang mahir dalam penyampaian. Penyampaian tidak semestinya cara mengajar sahaja namun penyampaian nilai murni, nilai diri dan nilai potensi murid yang boleh dikembangkan seterusnya mencipta minda 'pemenang' dalam diri murid itu di masa akan datang. Biasakan anak didik untuk tidak memberikan alasan di dalam kelas. 

 

Rasional Polisi "DONT MAKE EXCUSE POLICY"

 

Membimbing murid kepada generasi yang kreatif untuk mencari solusi untuk menyelesaikan masalah sendiri. Murid kadangkala tertinggal buku latihan, guru membentangkan polisi kelas tiada alasan dan setiap alasan itu perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut tanpa menjejaskan tugasan yang diberikan. 

 

Sekian, kongsikan jika bermanfaat. Jika kurang harap dapat maafkan :-)

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square