Ketahui Cara Memanipulasi Teori Kecerdasan Pelbagai Di Dalam Kelas


Sepanjang tempoh berkhidmat di dalam bidang pendidikan. Kepelbagaian murid di dalam kelas tidak dapat dijangkakan. Disebabkan gaya pembelajaran murid yang unik dan pelbagai, saya amat tertarik untuk kongsikan sedikit pengalaman berdasarkan pemerhatian yang dibuat bersandarkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Hanya menggunakan 3 sahaja sudah memadai untuk melihat hasil yang diinginkan.



Langkah pertama: Mengenal pasti 3 kelompok pelajar/murid di dalam kelas.


Mengenal pasti murid visual, audiotori, dan kinestetik dengan cara meminta murid itu sendiri mengangkat tangan.


Soalan kepada murid :

1. Belajar dengan sendiri dan tidak suka diganggu (Ciri pelajar visual/audiotori)(Kendiri)


1. Belajar dalam keadaan yang senyap membuatkan mereka mengantuk (Ciri pelajar berkumpulan)(Audiotori/Kinestetik)


Mengapa perlu kenalpasti?

Keperluan untuk mencari satu aktiviti PdpC "kombo" yang boleh diterima oleh murid VAK ini lalu menggunakan 'skrip VAK' yang direka khas untuk murid di dalam kelas untuk memudahkan penyampaian isi pelajaran.



Mengapa murid takut kepada guru?


Seperti yang diketahui, murid cenderung untuk takut kepada guru. (Ada sesetengah guru suka guna elemen ini sebagai alat kawalan kelas yang 'Superb') Ada juga yang lebih bersahaja namun 'berbisa'.


Bijak Menerapkan Nilai Kemanusiaan & Memerah Potensi Murid Tanpa Dikesan


PAK21 memerlukan guru yang mahir dalam penyampaian. Penyampaian tidak semestinya cara mengajar sahaja namun penyampaian nilai murni, nilai diri dan nilai potensi murid yang boleh dikembangkan seterusnya mencipta minda 'pemenang' dalam diri murid itu di masa akan datang. Biasakan anak didik untuk tidak memberikan alasan di dalam kelas.


Rasional Polisi "DONT MAKE EXCUSE POLICY"


Membimbing murid kepada generasi yang kreatif untuk mencari solusi untuk menyelesaikan masalah sendiri. Murid kadangkala tertinggal buku latihan, guru membentangkan polisi kelas tiada alasan dan setiap alasan itu perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut tanpa menjejaskan tugasan yang diberikan.


Sekian, kongsikan jika bermanfaat. Jika kurang harap dapat maafkan :-)








Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.