#Update Project Robot RPH ONLINE

January 21, 2018

Assalamualaikum, apa khabar rakan-rakan guru, 3 minggu persekolahan dah berlalu, penuh dengan cabaran dan dugaan pada awal tahun ini. Namun kami yakin bahawa guru-guru di Malaysia amat tabah  dan mempunyai dedikasi yang tinggi. :-)

 

Tujuan kami update pada kali ini adalah bagi berkongsi serba sedikit projek kami yang akan dilancarkan pada 1 Disember 2017, namun terpaksa ditunda kepada tarikh baru iaitu 31 Januari 2018, maafkan kami atas kelewatan yang dihadapi, kami tidak menyangka sambutan terhadap projek ini sangat menggalakkan. Terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang rakan-rakan berikan kepada kami.

 

Sepanjang tahun lepas, kami cuba merangka medium baru untuk memberikan guru kemudahan 'On THE GO' :-) . Insyallah kami cuba tunaikan hajat team dan hajat rakan-rakan GEN X-Y-Z. Cabaran ini berskala besar, sama seperti cita-cita kami. Impian kami untuk melihat dunia pendidikan negara ini berubah kearah yang lebih baik daripada generasi sebelum ini. Meskipun berskala besar tindakan kami mengikut kapasiti tersendiri untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. "We see the big picture, but we decide act small and making progress". Setiap proses mengambil masa, masa perlu dilalui untuk mendatangkan hasil yang diinginkan.

 

Mengapa kami bersusah payah lakukan semua ini dan cuba sedaya upaya untuk konsisten melakukannya? Ini semua disebabkan KEPERCAYAAN yang rakan-rakan berikan kepada kami. Kami sangat bersyukur selama ini atas sokongan dan dorongan rakan-rakan untuk sampai ke tahap ini. Kami cuba menjadi yang terbaik untuk rakan-rakan sekalian. Akhir sekali kata-kata yang mampu dikongsi dari kami.

 

CIKGU PATRIOT

 

KAMI PATRIOT,
Barisan Hadapan Generasi Baru Berjanji,

Akan Sentiasa Menjadi Pendidik Anak Bangsa Sejati,

Sehingga Mengalir Titisan Peluh Terakhir,

Bersemadi Membasahi Bumi Asal Usul,

 

KAMI PATRIOT,

Berintegriti memberikan inspirasi

Berperang dalam kelas tersendiri

Memungkinkan segala potensi generasi

Menconteng dakwat seribu mimpi,

Mimpi mungkinkah esok akan ada lagi.

 

KAMI PATRIOT,

Semangat akan dihembus sehingga akhir nanti

Niat ikhlas , suci dan murni,

Dibesarkan dalam alam pendidikan kini.

Sehingga benih disemai tidak akan pupus

Hayat diteruskan sehingga lupus.

 

 

Kami patriot...

 

Ikhlas

Team Robot RPH

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

# RPT (Semakan Pasca Covid) Tahun 2020 bagi Minggu 27 hingga 48

July 18, 2020

1/10
Please reload

Recent Posts

March 10, 2020

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square