‘Big Why’ Tim Robot Rph

“Method” pantas membina RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN dengan #ROBOTRPH. Kerja hakiki harian guru ialah merancang pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Falsafah tim ini bersandar pada kualiti kerja dan keberkatan dalam pekerjaan. Menyedari RPH merupakan kerja harian guru yang perlu dilakukan secara harian kami berusaha untuk menyediakan “method” pantas untuk rakan-rakan untuk melakukannya. Oleh itu, “method” penyelesaian masalah yang kami gunakan bersifat dinamik berevolusi dan mengambil kira keperluan, keberkatan , kemudahan, serta keberkesanan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama turut serta mengenggam falsafah keberkatan dalam pekerjaan. Kami masih lagi disini 😃😃😃. Tim ini terdiri daripada generasi XYZ akan berusaha mengubah budaya kerja guru tradisional kepada budaya kerja pantas, berkat dan berintegriti tinggi. Kami percaya guru-guru di Malaysia mempunyai mimpi dan impian untuk menjadikan negara ini menjadi sebutan serta contoh ikutan negara lain. Kami berharap 400 ribu orang guru di Malaysia akan bertambah menjadi punca kepada kemajuan pemikiran anak bangsa generasi milenium ini. Kenapa kami melakukannya? Why? Kenapa Bukan Rph Ready Made : Rph “Ready Made”? Jawapan: 1) Rph ready made bukan “method” pantas yang kami perjuangkan untuk guru. Kami mahukan menerapkan budaya kerja pantas, dinamik dan berkat dalam masa yang sama. 2) Method “Robot Rph” memberikan guru kawalan penuh dengan cara pengajaran yang akan dijalankan di dalam kelas. Guru akan mempunyai kawalan terhadap isi pelajaran, langkah pengajaran dikawal selia dengan kaedah klik untuk proses penghasilannya Kenapa kami buat semua ini? 1) Bermula daripada projek kajian tindakan, penyelesaian ini secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada ramai rakan-rakan guru seluruh Malaysia. Alasan apakah memungkinkan untuk kami tidak meneruskannya.(Alang-alang) 2) Kami ingin menjadi yang pertama di dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan guru-guru. ( Rph salah satu daripadanya) Adakah format rph mengikut standard KPM? 1) Berita baik untuk rakan-rakan di seluruh negara, setiap format yang kami hasilkan adalah 100% berdasarkan format yg dibekalkan oleh guru kepada kami. Kami adaptasi format itu untuk disesuaikan dengan method “Robot Rph”. Kurikulum pula ? 1) Kurikulum sepenuhnya berpandukan Bahagian Pembangunan Kurikulum. KSSR, KSSM, KSPK SEMAKAN, KSSR SEMAKAN, KSSR PPKI. Untuk “update” kurikulum baru bagaimana pula? 1) Untuk update kurikulum baru, rakan-rakan guru hanya perlu hubungi kami melalui email, page ini atau pun dengan aplikasi whatapp. Setelah itu , fail update kami akan sent semula ke email cikgu. Simple sahaja. Jika ada perubahan format rph bagaimana pula? Jawapan yang sama seperti diatas, hubungi kami untuk proses selanjutnya. Kenapa tidak mengikuti Pertandingan Inovasi? 1) Kami mengikuti pertandingan inovasi pada tahun 2014, sejak hari tu, kami fokus untuk menyebar luas method “Robot Rph” sehingga hari ini (On going) Adakah akan wujud inovasi lain dari team ini selain daripada method ini? 1) Buat masa ini, kami akan fokus kepada method ini dalam variasi berbeza. Offline, online, apps. Doakan kami berjaya, setakat ini doa rakan-rakan banyak membantu daripada mula. Terima kasih kami ucapkan. Adakah method lain akan di perkenalkan dalam masa terdekat ini? 1) Proses ini mengambil masa dan kami suka fokus kepada “method” ini sahaja kerana kami mahu jadi yang terbaik dalam bidang ini. Doakan kami berjaya juga. Apakah yang diharapkan dalam dunia pendidikan pada hari ini? 1) Harapan kami sama dengan semua rakan-rakan guru seluruh Malaysia iaitu ingin menjadi pencetus kepada perubahan minda, kehidupan dan masa depan anak-anak bangsa Malaysia. Sekian 

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Hakcipta Terpelihara 2016 - 2020 © Mohd Firhan Bin Asilin (Team Robot RPH) [+60128415711]. Segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik Mohd Firhan Bin Asilin kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada En Mohd Firhan Bin Asilin.